Saturday, September 11

S A L A M A I D I L F I T R I

ALESYA
♥ 声をきかせて (tolong carikan saya lelaki yg ade suara mcm daesung, terima kasih)


Raya was fun, Raya was splendid. keluarga semua balik kampung. walaupun tak semua yang ade but atleast dpt mengubat rindu. mula mula balik melaka, tolong awe kemas rumah. saya jadi tukang blend rempah. mentang mentang ambil course culinary arts, mmg dapur lah sekarang jadi tempat aku haha. then besok hari nya gerak ke Keluang, Johor. sampai kat sana dah nk time buka, so tolong lah nenek hidang makanan. cik daddy and family dah sampai masa tu. diorg yg masak sambal goreng, kuah lodeh, serunding daging dan ketupat. sedap weyy !


R A Y A P E R T A M A
bangun pagi dah kene mandi. tapi saya dgn muka tak malunya pegi dapur belakang tolong kopek bawang. lepas dah setel kopek mengopek, time to ratah sambal goreng ! yang buat tmbah best pulak tu si anis tak suka paru, so mmg dia memenuhkan paru paru kat pinggan aku tu haha. nikmatnya di pagi raya. hari nya mendung, hujan je berpanjangan. aku ape lagi, tido je. org dtg pun aku buat dunno je. sempat melayan mak ngah je. yg lain hanya dlm mimpi hahha(aku tau aku teruk, ignore me) malam tu semua menanti kehadiran cik ita and family, diorg sampai je terus semua makan briyani kambing. woohooo! *amirul, briyani sedap okay* lepas mkn briyani, ummi and abuyah ajak tido di rumah mak ngah. sebab rumah atuk dah penuh. saya pun ok je. tido dlm bilik ber-air-cond, siapa tak nak? hehe


R A Y A  K E D U A
bangun pagi, sembahyang subuh dan terus mandi. turun bawah main dgn bobot. OMG kucing yg paling adorable, cute dan mata bulat mcm puss in boots (SHREK) tapi yg sedihnya dia lebih tertarik pada manusia yg berjantina lelaki kerana dia sgt manja dgn pak ngah. takpe, atleast bobot still nk kelon dgn aku, sayang bobot ! after sarapan kueh teow goreng kat rumah mak ngah, saya dan ibu bapa saya telah pulang semula ke kampung. sampai sampai cik ida tgh gorengkan nasi goreng kegemaran saya (nak tau? cari sendiri) baru pikir nak diet, tapi sebab kan setahun sekali punya peluang, makan juga lah akhirnya. dah rezeki depan mata, tak elok ditolak. lepas makan aku tolong ummi kemas barang nak balik melaka. byk nya lah baju. rasa mcm nk tinggalkan separuh. lepas dah mengemas, dah masukkn beg kedalam mobil, dah salam salaman, kami sekeluarga pun menuju ke melaka. konvoi dgn mak ngah. abg andy jd driver. haha. sepatutnya kitorg kene terus ke Sagil, tapi memendangkan trafik yg sesak, kami terus menuju ke rumah pak lang di tangkak. nk pendekkan cerita, malam tu terus ke rumah kak ani makan mee hoon goreng sama ketambola and air teh panas. lazat naaaa!


R A Y A K E T I G A
besok lah saya cerita sbb hari ni baru raya kedua haha.

No comments:

Post a Comment