Sunday, March 6

Be proud of who you are,


ASSALAMUALAIKUM

sejak kebelakangan ni, aku tengok ade kawan aku selalu memandang rendah pada diri sendiri. memang bagus kita tak berbangga, tapi untuk pengetahuan sendiri, kita kene lah yakin dengan kelebihan kita. dan kita juga harus ingat tak semua yang kita boleh buat orang lain boleh, and tak semua yang kita boleh buat orang lain tak boleh. dalam hidup ni kene ade keseimbangan, dan kelebihan dan kekurangan itu harus dijadikan panduan untuk kita terus maju.

KEKURANGAN

  1. untuk diri aku, aku ni seorang yang kurang keyakinan diri. terutamanya dikhalayak ramai. macam public speaking. aku memang cukup lemah bab bab berkata kata di hadapan manusia ynag banyak jumlahnya. kdg kdg yang seorang dua pun aku dh gugup.
  2. aku mengalami kecacatan mata yang dipanggil astigmatism. kecacatan ni ada sejak aku darjah satu. asalnya kerana aku suka membaca dalam gelap. ini lah akibatnya tak dengar kata mak. walaupun ummi dah tutup lampu aku tetap paksa mata baca buku sebab aku suka sgt buku terutamanya encyclopedia,
  3. kalau dalam pelajaran aku lambat tangkap atau bak kata mat salleh 'pick up'. untuk buat aku faham sesuatu tajuk akan mengambil masa berjam jam. masa tusyen bahasa arab (sekolah rendah) ustazah aku sgt geram aku tak dapat dapat ape yang dia ajar. sampai dah 2 minggu tak dpt dpt. 
  4. aku cepat lupa benda yang penting. dan lemah pendengaran di jarak dekat. kalau ummi/ abuyah pesan buat atau ambilkan ape ape, aku akan selalu tanya balik"huh?" "ummi mintak ape yea tadi?"
  5. aku susah nak menangis
  6. suka bercakap tentang perkara yang tak penting.
  7. cepat marah

KELEBIHAN


aku tahu gmba ni takde kenemengena dengan post tapi aku rindu adik aku :')
he loves skittles !
  1. Aku masih punya sebuah keluarga ;)
  2. aku ade sedikit kemahiran melukis. aku suka seni sejak kecil lagi. buku yang akan aku cari kalau ke kedai buku ialah 'colouring book'. jangan hairan sampai sekarang aku suka beli buku mewarna.
  3. aku minat craft dan reti sedikit utk membuat craft. tak kisah lah paper crafting, embroidering, knitting. aku suka semua tu. aku juga minat menjahit. tapi malangnya aku masih tak tahu mcmane nak jahit baju kurung.
  4. walaupun aku lambat pick-up, tapi aku bila aku dah mula faham aku akan ingat sampai bila bila. kekuatan memori aku sangat kuat. jadi jangan lah buat bende yang aku tak suka. sebab aku akn ingat sampai bila bila. kalau boleh aku tak nak -,-
  5. aku cepat faham bahasa. sebabnya aku minat belajar bahasa.
  6. aku fasih sedikit dalam bertutur bahasa inggeris. asalnya bukan sebab aku tinggal di USA dulu. ia adalah kerana kau suka dengar lagu english dulu. and aku suka baca buku Peter & Jane. ummi juga ade melatih aku belajar menyebut menggunakan phonics. sebab tu lah lidah aku selesa bertutur bahasa inggeris.
  7. mudah dengar perbualan orang dijarak jauh. secara spontan.
  8. aku seorang yang agak tinggi.
  9. kuku aku berbentuk gelas.


bersyukur dengan ape yang kita ada ;)

2 comments:

  1. sape yg merendah2 kau whai sis..??
    cni aku belasah de..
    maybe de rase de lagi bgus kot..
    btw aku ke org 2...??
    bukan aku..aku xpenah rendah2 kan ko..
    sabo ek kembar

    ReplyDelete
  2. pls bca betul betul twin haha anyway thnks fr being caring :)

    ReplyDelete